Tuesday, March 24, 2009

tak mungkin kerana sayang...

Setiba di persimpangan
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti


Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali sekala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Monday, March 23, 2009

check out!!!

Wanita Cantik Vs Wanita Bijak : Pilihan Lelaki

Wanita merupakan hiasan dunia. Sebaik-baik wanita ialah wanita solehah yang menjanjikan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Begitu indahnya Allah S.W.T mencipta makhluk yang bernama wanita. Hawa itu diciptakan daripada rusuk kiri Adam untuk dijadikan peneman hidupnya. Simboliknya penciptaan Hawa daripada rusuk kiri Adam adalah untuk menyatakan bahawa wanita ini perlu disayangi dan dikasihi. Ironinya disini, rusuk itu dekat dengan hati maka makhluk yang bergelar perempuan, wanita, gadis ini bukan untuk disakiti atau didera. Kebanyakan lelaki begitu cerewet dalam membuat pilihan pasangan hidupnya walaupun dirinya sendiri tidak sebegitu sempurna untuk dijadikan calon suami. Mereka ini kebiasaannya mahukan wanita yang cantik, lemah lembut, pandai memasak dan lain-lain lagi sehinggakan kadang-kadang boleh dianggap sebagai melampau. Kriteria wanita yang bijak atau berdikari jarang berada dalam senarai mereka. Mengapakah hal sedemikian berlaku? Adakah cantik itu menjadi kayu ukur dan suatu kemestian dalam menetapkan syarat-syarat sebagai seorang isteri?
Sebagai seorang wanita, saya berpendapat bahawa pemilihan wanita bijak adalah lebih wajar dijadikan pasangan hidup berbanding wanita cantik. Hal ini adalah kerana, perihal mempunyai rupa yang cantik jelita hanya bersifat sementara, kaum lelaki seharusnya sedar akan perkara ini. Sebaliknya, kebijaksanaan, mempunyai ilmu pengetahuan yang luas adalah perkara yang berkekalan dan berterusan. Relevannya kenyataan ini dikeluarkan kerana dunia hari ini telah berkembang dengan pesat sekali, pelbagai teknologi canggih telah dikeluarkan maka, adalah perlu wanita tersebut mempunyai sifat kesemasaan dan tidak terikat dengan peranan tradisional mereka. Dalam konteks kesemasaan ini, perlu difahami bahawa untuk menjadi seorang wanita yang mengikuti perkembangan dunia mereka perlu menjadi bijak. Begitu juga apabila menyentuh tentang peranan tradisional mereka, tidak bererti mereka perlu meninggalkan seratus peratus sebaliknya sentiasa peka dengan peredaran zaman. Perihal cantik ini merupakan sesuatu yang bersifat subjektif. Subjektif bererti ia sesuatu yang tidak mempunyai piawaian yang tetap. Cantik tidak semestinya dari aspek fizikal tetapi melibatkan perihal dalaman yakni dari segi hati dan akhlaknya. Memiliki kecantikan dari dalam adalah lebih berharga seseorang wanita itu berbanding cantik pada dasar luarnya. Justeru itu, wanita bijak lebih ideal berbanding wanita cantik tetapi kosong seperti falsafah Inggeris yang mengatakan,” Briliant women is beauty full but don’t be beauty fool”.
Perempuan yang bijak boleh menjadi cantik dengan kebijaksanaan yang mereka miliki. Kebijaksanaan ini boleh digunakan untuk mencairkan hati setiap lelaki. Namun, ia harus digunakan dari sudut dan tujuan yang positif sahaja. Misalnya, lelaki gemarkan wanita yang pandai berkata-kata atau boleh dibawa berbicara terutamanya dalam sesuatu bidang yang turut mereka minati. Sebagi contoh, bidang teknologi maklumat atau perkomputeran. Walaupun wanita tersebut kurang dari segi rupa, tetapi disebabkan kepandaiannya dalam bidang tersebut sedikit sebanyak boleh memikat hati golongan lelaki. Hal ini perlu diambilkira kerana, mengikut kajian manusia akan cenderung mencari persamaan dengan pasangan mereka. Ia bertujuan mencapai keselesaan untuk hidup bersama. Apabila memiliki persamaan, adalah lebih mudah proses perkongsian hidup berlaku. Kebijaksanaan ini penting dalam meneruskan kelangsungan hidup. Kaum lelaki perlu sedar, memilih wanita yang bijaksana bererti mereka ini termasuk dalam golongan yang berdikari. Misalannya, sebagai suami anda telah ditugaskan untuk bekerja di luar kawasan maka dengan memiliki isteri yang cerdik anda tidak perlu bimbang bagaimana dia menguruskan rumah tangga, anak-anak mahupun dirinya sendiri. Mereka boleh menghantar anak-anak sendiri ke sekolah, pergi ke pasar atau membuat keputusan penting dalam hal-hal tertentu. Perkara ini tidak menjadi masalah kepada wanita yang bijak, berdikari dan pandai menguruskan kehidupan.
Kelangsungan daripada sebuah perkahwinan sudah semestinya dengan kewujudan zuriat. Zuriat atau cahaya mata ini merupakan pengikat kepada perkahwinan ke alam yang lebih kukuh lagi. Memandangkan zaman semakin berubah dan memerlukan ilmu pengetahuan yang banyak, sudah semestinya anak yang perlu dilahirkan mesti mempunyai baka yang bijak. Konteks ini merujuk kepada baka si ibu dan bapa. Jika pasangan ini mempunyai IQ yang tinggi, potensi untuk mendapat atau melahirkan anak yang cerdik adalah tinggi. Kajian ini tidak mengatakan bahawa pasangan yang tidak bijak tidak dapat melahirkan anak yang pintar. Bukan begitu tetapi peratusan untuk mendapat anak yang cerdik ini lebih cerah. Begitu juga sekiranya genetik bapa tidak bijak tetapi genetik sebelah ibu bijak, ini dapat memberikan kebarangkalian yang tinggi untuk mendapat anak yang cerdik. Sekali lagi, saya ingin menegaskan bahawa wanita bijak lebih layak menjadi pilihan lelaki.
Setiap benda yang hidup memerlukan penyelenggaraan untuk menjalani kehidupan yang lebih baik begitu juga dengan manusia terutamanya wanita. Apabila menyentuh perkara sedemikian, wanita yang cantik ini kebiasaannya telah disinonimkan bahawa mengeluarkan jumlah perbelanjaan yang besar semata- mata untuk membeli alat solek, barang-barang perhiasan dan juga pakaian. Hal ini adalah kerana, kecenderungan untuk kelihatan cantik sepanjang masa di hadapan mata sang lelaki. Sejauhmanakah wanita-wanita seperti ini akan mendapat pulangan yang setimpal dengan pelaburannya? Perkara ini tidak perlu menjadi persoalan kepada wanita yang bijak kerana wanita yang bijak tampil cantik dengan keyakinan mereka. Pelaburan untuk untuk diri sendiri adalah tidak salah namun menjadi kesalahan apabila berlakunya pembaziran dan berlebih-lebihan. Misalnya, membeli alat kosmetik yang berjenama yang melibatkan kos ratusan ringgit sehingga melebihi jumlah pendapatan yang diperoleh.
Harus diingat bahawa penyelenggaraan ini akan melibatkan jangka masa yang panjang jadi, sekiranya tabiat si isteri yang cantik ini tidak berubah, sudah pasti akan mendatangkan beban kepada suami. Mungkin tidak menjadi masalah kepada suami sekiranya isteri mengeluarkan wang sakunya sendiri tetapi dari sudut yang lain, si suami mungkin menghadapi tekanan apabila isterinya yang cantik, pandai berdandan sentiasa menarik perhatian orang lain. Fikir-fikirkanlah sekiranya perkara sedemikian berlaku, tidak mustahil Perang Dunia Ketiga boleh meletus. Jika dibandingkan dengan wanita bijak, potensi kejadian seperti itu berada dalam peratusan yang rendah. Para suami tidak perlu bimbang dengan masalah yang sedemikian rupa. Namun, bukan bererti wanita bijak ini tidak berhias langsung, tetapi kos bagi penyelenggaraan mereka tidak membebankan. Pada hakikatnya, tidak salah untuk kelihatan cantik tetapi tampillah dengan cara yang ala kadar, bersederhana. Ternyata wanita bijak ini juga dapat menjimatkan dari segi ekonominya. Jelaslah, bahawa wanita bijak wajar dijadikan pilihan.
Setelah diperjelaskan dan diperincikan segala sebab mengapa wanita bijak wajar dijadikan teman hidup adalah berdasarkan beberapa kriteria yang telah disenaraikan. Ciri-ciri seperti kecantikan dalaman, penyambung zuriat serta kos penyelenggaraan sering terlepas pandang oleh kebanyakan kaum Adam. Mengapa perkara-perkara seperti ini perlu berlaku? Jawapannya mudah, kerana terpesona dengan kecantikan wanita. Salahkah wanita jika dilahirkan cantik? Tidak salah tetapi adalah lebih bagus sekiranya wanita tersebut bijak, hal ini telah memberikan nilai tambah kepadanya. Namun, kecantikan itu subjektif sifatnya. Berbeza jika dibandingkan dengan kebijaksanaan. Kebijaksanaan ini sesuatu yang perlu dicari. Wanita yang mencari kebijaksanaan adalah wanita yang memanfaatkan segala kekuatan yang diberikan oleh Tuhan kepadanya untuk mencari kesejahteraan dalam kehidupannya. Wanita-wanita seperti inilah yang seharusnya dijadikan isteri, ibu, dan seterusnya suri di dalam hati dalam sesebuah perkahwinan. Pihak lelaki sewajarnya perlu membuat pertimbangan yang menyeluruh dan tidak hanya melihat kepada suatu aspek sahaja. Pelbagai penilaian untuk jangka masa panjang perlu dilakukan. Hal ini bertujuan untuk merancang kehidupan yang lebih baik. Ikatan perkahwinan adalah sesuatu yang berpanjangan dan berkekalan, maka adalah perlu membuat pilihan yang terbaik dalam memilih pasangan hidup untuk membina sebuah masjid yang aman dan sentosa. Akhir kalam, saya tetap meneguhkan pendirian saya bahawa wanita bijak lebih layak dijadikan isteri berbanding wanita cantik.

AKEA 3304
PENULISAN RENCANA
JAB. PENGAJIAN MEDIA

tolong aku....

Tolong aku sahabatku….
Dengarkan jerit hati ku…
Tentang dia…
Tentang dia…
Masih slalu tentang dia
Ajaklah aku bersamamu
Kemana pun yang kau mahu
Tenangkan aku tenangkan aku
Setenang-tenang tenangkan aku
Dia pernah membuat aku merasa sempurna
Hingga aku pun menjanjikan selamanya
Namun ternyata mimpi yg dia punya berbeda,berbeda…
Aku takkan bisa
Hidup tanpa dia
Dia yang membuat…
aku bahagia…
Tolong aku untuk…
Melupakan dia….
Sungguh hanya itu
Yang aku pinta….
Dia pernah mbuat aku merasa sempurna
Hingga aku pun menjanjikan selamanya…
Namun ternyata mimpi yang dia punya berbeda,berbeda…
Aku takkan bisa
Hidup tanpa dia
Dia yang membuat…
aku bahagia…
Tolong aku untuk…
Melupakan dia….
Kerna hanya itu
Yang aku pinta….

jenguk2 ler....

*** Bile kechik melakarkan kata…(cewah~~~)v
Assalamualaikum…
Kalam bicara aku mulekan…klaka pun ade, malu pon rasenya plak bile aku mempromosikan blog aku dengan gahnye,hehehe…mane tak nye, style cam stylo mylo jer tapi hampeh!
Xpela, aku budak baru blaja…so, aku harap kepada bloggerz2 yang xpert mepert tue,bagi2 la pedoman dan fatwa kewpada aku ekh~ tp xsgke,byk gak feed back yg ak dpt daripada owg2 yang mlihat hasil ding dong aku, arigatow pang yau..
Alhamdullilah, lega rasenya bile 2 asgment yg buat aku tingtong2 siang malam sampai dok melekat je dpan lapt0p tue dah pun siap dan dihantar. Doa aku xlen xbkn dapat markah banyak n dapt ler skor dlm fnal t ekh…kepada kengkawan yg seangkatan, semoge kite sume Berjaya dengan jaYanye yer….dan saat yang paling dinanti2kan, semuge kite dapat grad dan convo dalam tawun nie gak,amin. Ingat! tesis jgn lupe yerk!!!due da dkt sesgt. I mention k, 13 APRIL 2004* Tarikh keramat tuh,huhuhu…
Diam xdiam, kejap xkejap dah 3 tawun rupenya blajo kt unibersiti nie ekh… aku? of Course will be missiN diz moment of life!!! Caye la ckp aku, ble kowg sume da terJEBAK dengan kegiatan2 mcari harta dunia untuk kesinambungan IDUP mestinyer kowg rase nk lek balek pada zaman blajo…cam aku nie, rase nk masuk sekola lek jer…mungkin ler masuk lek law jd cekgu,huhuhu…
Ckp pasai jd cekgu, bawu aku tingat!!! Kepada sesaper yg ade APPLY DPLI tu sile la APPLY SEKALI LAGI untuk kemasukan Januari 2010. Sebabnye mase intake untk July 2009, kite xlayak lagi sebab dowg nk tgok sgt “SKROL” kite tue… so jgn lupe beli NO.ID kt BSN dalm bln 6 ni yerk…

“Percayalah, apabila ALLAH menentukan sesuatu yang kita sayang
Itu bukan milik kita, bermakna DIA akan memberi sesuatu yang
lebih BAIK untuk kita. Yakinlah dengan janji-janji ALLAH” (-_*)v

Friday, March 20, 2009

akhirnya...

sememangnye aku xpnah jot down dlm blog nie...
dlu, aku xpk yang blog nie ade kepentingan buat aku,tapi....
bile aku dah sendiri...blog menjadi tempat persinggahan hati...
come on la,hdup mesti truz!!!
btol x kwn2???
hmm....suatu nafas panjang untuk aku hembus.....
complicated rupenye jd owg dewasa nie ekh...
dlu,mse kechik2 xsbr nk besar...
ble da besar cmnie lak jd nye...
satu yg aku nak,Smoga ALLAH memberi aku petunjuk-Nya,amin.
Sesungguhnya,janji2 Allah itu PASTI akan datang!